Pada zaman Imam Malik, terdapat seorang
wanita yang sangat buruk akhlaknya. Dia selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki.
wanita yang sangat buruk akhlaknya. Dia selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki.

Sehinggalah tiba pada hari kematiannya, ketika dia dimandikan oleh
seorang wanita yang memang kerjanya memandikan mayat, tiba-tiba tangan
si pemandi mayat itu terlekat pada kemaluan mayat wanita itu.
Semua penduduk dan ulama' gempar akan hal itu. Bagaimana tidak,
tangan si pemandi mayat terlekat sehingga semua orang di situ mati akal
untuk melepaskan tangannya dari mayat wanita tersebut.
Terdapat 2 cara untuk menyelesaikan masalah itu. Pertama, memotong
tangan wanita pemandi mayat tersebut dan kedua tanam kedua-dua wanita
itu sekaligus. Akhirnya, mereka memutuskan untuk meminta pendapat
daripada Imam Malik.
Imam Malik bukan calang-calang orang yang memberi fatwa. Pernah ada
satu ketika, Imam Malik mendapat 40 pertanyaan, tetapi yang dijawabnya
hanyalah 5. Ini menunujukkan akan berhati-hatinya dan betapa sensitifnya
beliau dalam isu agama. Imam Malik bertanya kepada wanita si pemandi
mayat itu bahwa adakah dia berkata apa-apa kepada si perempuan tersebut
semasa
memandikannya.
Wanita pemandi mayat itu berkata bahawa dia ada mengatakan kepada si perempuan itu sewaktu
membersihkan tubuhnya:
Semoga bermanfaat
"Berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina"
Imam Malik berkata "kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan
zina) pada wanita tersebut, sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang
saksi. Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan karena
tidak mendatangkan saksi."
Selepas wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman 80 sebatan maka terlepaslah tangannya dari mayat tersebut.
HIKMAH & PELAJARAN:
Oleh itu, kita hendaklah sentiasa menjaga lidah kita. Jangan sembarangan membuat fitnah atau bersangka buruk dengan orang lain.
Kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya..
Moga bermanfaat dan sama-samalah memperbaiki diri. InsyaAllah.
Jaga lidah jangan sebarkan fitnah, jangan bersangka buruk dengan
kuasa Allah Taala. Kalau kita tahu dia itu seorang pelacur sekalipun,
tapi kalau tak pernah lihat perbuatan maka kita dilarang menuduhnya
berzina.
Diharap kisa Imam Malik dan Pemandi Mayat ini dijadikan sebagai
tauladan dan iktibar. Kerana itu ingatlah, apabila kita membantu
menyebar sesuatu perkara buruk dalam masyarakat, negeri atau negara,
yang kita tidak menyaksikan dan tiada saksi, maka tunggulah suatu hari
nanti balasan yang kita terima. Walaupun peristiwa berlaku: Berhati-hati
semua dan jangan terjerat dengan jarum-jarum kejahatan.
Wallahua'lam
EmoticonEmoticon