Agama Islam amat menitik beratkan soal akhlak dalam kehidupan seharian.
Antara misi dakwah utama yang dibawa dan disampaikan oleh Rasulullah SAW
adalah untuk membina akhlak manusia. Akhlak merupakan roh Islam, agama
tanpa akhlak diibaratkan seperti jasad yang tidak bernyawa.
Akhlak adalah bermaksud budi pekerti, kelakuan, tingkah laku yang baik.
Dijelaskan oleh Allah SWT melalui firman-Nya yang menyebutkan ketinggian
akhlak nabi dalam surah al-Qalam ayat 4:
Maksudnya :
“Sesungguhnya padamu (Muhammad) akhlak yang tinggi”.
Akhlak yang mulia merupakan tingkah laku yang terhasil daripada diri
seseorang itu melalui sikap dan keperibadian yang ditonjolkannya.
Realitinya, akhlak terpuji mampu menawan hati orang lain sebagaimana
akhlak Nabi SAW.
Keunggulan dakwah dan tarbiah nabi adalah terletak pada akhlaknya manakala akhlak yang buruk pula adalah sangat dibenci sehingga Rasulullah pernah memohon perlindungan Allah supaya terhindar daripada akhlak yang buruk sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Qutbah bin Malik R.Anhu bahawa Nabi SAW berdoa:

“Ya Allah, aku momohon perlindungan-Mu daripada kemungkaran akhlak,
amalan yang buruk dan hawa nafsu yang jahat”. (Riwayat at-Tirmizi).
Sumber akhlak Islam adalah al-Quran dan as-Sunnah yang diwariskan oleh
Rasulullah SAW. Kecemerlangan hidup didunia dan diakhirat tidak akan
dapat dicapai selagi mana akhlak tidak dilaksanakan seperti yang
dituntut oleh al-Quran dan al-Sunnah. Rasulullah SAW mendidik para
sahabat dengan akhlak yang mulia sehingga dapat membentuk sebuah
masyarakat Islam yang unggul, beriman, bertaqwa serta cenderung
mencintai kebaikan dan kebajikan.
Tanggungjawab membentuk akhlak merupakan satu agenda besar bertepatan
dengan hadis daripada Abu Hurairah R.Anhu bahawa Rasulullah SAW
bersabda:
Maksudnya :
“Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang baik”. (al-Baihaqi).
Antara ciri-ciri akhlak mulia dan terpuji Rasulullah SAW dan boleh diamalkan oleh umat Islam adalah :
1. Bersifat warak dari melakukan perkara-perkara yang syubhat
2. Memelihara penglihatan dari perkara-perkara yang dilarang Allah
3. Memelihara lidah daripda kata-kata keji
4. Bersifat lembut dan sabar dalam menghadapi ujian
5. Bersifat benar dan jujur dalam hidup bermasyarakat
6. Bersifat rendah diri dalam pergaulan
Secara tidak langsung akhlak mempunyai hubungan dengan aqidah dan
syariat. Di dalam al-Quran Allah SWT menyeru orang-orang yang beriman
supaya mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh. Firman Allah didalam
surah al-Baqarah ayat 208 :
Maksudnya :
“Wahai orang-orang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya ...”.
Setiap amalan dan perbuatan manusia hendaklah berlandaskan kepada ajaran
Islam yang lengkap meliputi aspek ibadah, akhlak, muamalah dan
sebagainya. Apabila seseorang hamba menyakini bahwa Allah tuhan yang
telah memberikan segala kenikmatan hidup, maka mereka akan membentuk
akhlak dengan memantapkan keyakinan dan iktiqad berasaskan ilmu tauhid.
Pemantapan iman dan islam ini disusuli dengan melaksanakan dan mengerjakan amalan-amalan yang diperintahkan oleh Allah SWT didalam kehidupan seharian. Akhirnya akhlak akan terhasil melalui perlakuan-perlakuan baik itu secara mudah, istiqamah dan ikhlas.
Akhlak yang mulia adalah merupakan tanda dan kesan dari iman dan aqidah yang luhur. Tidak ada nilai bagi iman yang tidak disertai dengan akhlak. Ia diibaratkan seperti rumah kosong yang tidak berpenghuni.

Akhlak adalah buah daripada ibadah. Ibadah yang sempurna membuahkan
akhlak yang baik dan ada nilainya di sisi Allah SWT.
Sebaliknya ibadah yang membuahkan akhlak yang buruk, menandakan bahawa ibadah yang dilakukan selama ini tidak sempurna dan tiada nilainya di sisi Allah SWT.
Mereka dikalangan orang-orang yang beribadah tetapi ibadah mereka tidak membuahkan akhlak yang baik. Mereka solat, berpuasa, berzakat tetapi ucapan dan kata-kata masih menyakitkan hati orang lain, hati mereka penuh dengan sifat hasad. Jika demikian hasilnya maka ibadah mereka ditolak oleh Allah SWT.

Abu Hurairah R.Anhu meriwayatkan bahawa seorang lelaki bertanya kepada Nabi SAW dengan katanya:
Maksudnya :
“Wahai Rasulullah, ada seorang wanita yang terkenal dengan banyak
shalat, puasa dan sedekah, hanya saja ia menyakiti tetangganya dengan
lisannya”.
Jawab Nabi SAW: “Dia di neraka”.
Tanya lelaki itu lagi kepada Nabi SAW:
َ
“Wahai Rasulullah, ada seorang wanita yang terkenal dengan sedikit
puasa, sedekah dan shalatnya, ia hanya bersedekah dengan sepotong keju,
tetapi ia tidak menyakiti tetangganya dengan lisannya”.
Maka jawab Nabi SAW: “Dia di syurga”. (Riwayat Ahmad).
Dewasa ini, terdapat segelintir individu yang mengamalkan cara hidup
beragama tetapi tidak menitik beratkan aspek akhlak dan nilai mulia pada
peribadinya. Mereka beranggapan bahawa pemahaman mereka sahaja yang
betul dan perlu diikuti. Bahkan, mereka mudah mengucapkan kata-kata yang
buruk, lucah dan kasar dengan melontarkan berbagaibagai andaian buruk
dan tuduhan kesesatan ke atas orang lain yang tidak bersependapat dan
sealiran dengan mereka.
Di akhir-akhir ini terdapat beberapa gejala sosial yang merosakkan
masyarakat seperti anak membunuh ibu, suami mendera isteri, ada juga
beberapa kumpulan remaja yang sanggup membakar pusat pengajian tahfiz
lantaran dipengaruhi najis dadah. Oleh itu, akhlak Islam sangat penting
dalam mencorakkan kepribadian individu dan masyarakat kerana ia
membentuk tingkahlaku, perbuatan dan amalan seharian yang kita lakukan
dan sebagai kesempurnaan ibadah yang dikerjakan.
Kesimpulan khutbah yang dapat diambil pengajaran pada hari ini adalah :
1. Umat Islam mestilah berakhlak dengan akhlak yang mulia bertunjangkan kepada akidah yang benar.
2. Umat Islam hendaklah menjauhi akhlak yang buruk supaya dapat
mengelakkan amalan ditolak oleh Allah SWT lalu dihumbankan kedalam api
neraka Allah SWT.
3. Umat Islam hendaklah menjadikan Rasulullah SAW sebagai tauladan yang baik dalam kehidupan seharian.
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh
ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan)
Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan
mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”. (al-Ahzab : 21).
EmoticonEmoticon